~ Andai Dapat Ku Undur Masa ~

Erm, dengar tajuk kat atas nih cam lagu kan? Korang nih mesti ingat aku jiwang karat. Feeling ngan lagu tangkap lentok tuh. Memang pun. Tuh salah satu lagu kegemaran my Abang TERCHENTA. Katanya la. Tapi la ni, aku xnk cakap pasal lagu tu. Aku nak cakap pasal benda len.

Erm, selama hayat korang ni penah x walau sesaat pun terdetik kt dalam hati yang korang menyesal ngan pilihan dan tindakan yang telah korang amik? Korang jawab ar sendiri eh. Aku, tipu ar kalo kata x penah rasa camtu.

Pe pilihan dan tindakan yang aku amik dulu yang membuatkan aku rasa menyesal sangat sekarang ni? Aku rasa xde kot. Nak kata menyesal sangat2 tu xde ar, tapi ckit2 tu de ar kot. Tapi tu x b'makna aku x redha. Cuma menyesal atas kesilapan diri sendiri. Dan pe yang membuatkan aku terima segala pilihan dan tindakan yang telah aku amik tu, sebab kalo aku x wat pilihan tu, aku x kan jupe ngan my Abang TERCHENTA tu. Hehehehe. Jangan jeles tau.

Andai dapat diundur masa tu, pe yang korang nak ubah? Kalau aku, aku nak study betul2 masa study time SPM ngan kt U dulu. Menyesal gak ar sebab x fokus ngan study dan x study btul2 sepanjang tempoh pengajian tu. Lagi satu, aku dah x nak tido dalam kelas lagi dah. Huhuhu. Pendek kata, kalo masa tu bleh berputar ke zaman silam, aku nak btulkan dulu sikap aku. Biar lebih concentrate & focus.

Korang pikir la sendiri eh. Mana yang still bleh kita ubah sekarang nih, berusahalah untuk berubah. Yang mana kita dah x bleh nak ubah tu, terima je dengan redha takdir Allah. Yang penting, sekarang nih kita berusaha untuk menjadikan diri kita cemerlang dari segi rohani dan jasmani. Tapi untuk jadi cemerlang tu, jangan pulak kita mengkecundangkan orang len. Paham x maksud aku camne? Kalo x paham meh sini aku terangkan. Kita nak berjaya, jangan guna cara kotor. Untuk cemerlang dunia akhirat, cara kena btul. X de pun sebenarnya istilah "MATLAMAT MENGHALALKAN CARA" dalam Islam. Ingat tu korang2 semua, nih termasuk diri aku jugak la. Kita nak cemerlang biar dari usaha kita sendiri, bukan dengan cara kita mengorbankan orang lain. pe yang penting, USAHA sungguh2, pastu DOA mintak kat Allah, kena sungguh2 jugak. Last sekali baru TAWAKKALTU 'ALALLAH.

Sama2 ar kita berusaha yea!

chow!

~ Demi Janji Irdina ~

Chapter 1

Wajah di cermin ditatap. Rambut pendek separas leher disikat rapi. Topi hitam putih bercorak abstrak dengan perkataan Converse di bahagian hadapan topi, di penjuru katil dicapai dan disarung ke kepala. Dia senyum sekilas. Jam di dinding bertentangan katil bujangnya ditoleh. 7 pagi. Ada lagi 15 minit sebelum masa yang dijanjikan. Berpuas hati dengan penampilan diri, beg sandang Nike di atas katil dibawa ke bahu sebelah kanan. Kakinya terus melangkah keluar. Pintu dikunci dari dalam. Label "DON'T DISTURB" di pintu diganti dengan label "OUT".

Kakinya melangkah menuruni tangga menuju terus ke pintu utama. Sunyi. Hanya kedengaran bunyi pinggan dan sudu berlaga di dapur. Pastinya Kak Zila orang gaji mereka sedang menyiapkan sarapan. Ayah dan mama semestinya masih tidur. Maklum sahaja, hari minggu. Kalau tidak, pastinya kedua-duanya sibuk menyiapkan diri masing-masing untuk ke pejabat. Niatnya untuk terus keluar tidak jadi apabila mendengarkan namanya dipanggil. Lantas, dia melangkah ke dapur.

"Ir nak keluar?" Azila bertanya lembut.
"A'ah. Macam biasa kak. Dah janji dengan Syaf." Dia senyum.Menampakkan lesung pipit di pipi kanannya.
"Oh. Awalnya dating." Azila ketawa apabila melihatkan wajah di depannya mula kemerahan.
"Ada pulak dating. Tak mainlah dating-dating ni kak. Ir ngan Syaf tu kawan je. Kawan rapat. Erm, Kak Zila masak apa?"
"Nasi lemak dengan sambal kerang. Ir makan eh. Kak Zila siapkan."
"Tak apalah Kak Zila. Ir dah lambat ni. Kesian kat Syaf kena tunggu lama."
"Erm, kalau macam tu Kak Zila tapaukan eh. Nanti boleh makan sekali dengan Syaf. Baru romantik." Azila ketawa. Wajah di hadapannya sudah berubah riak.
"Akak.." Wajahnya mencerut. Geram dengan usikan orang gajinya itu. Azila segera menyiapkan bekalan makanan untuk gadis di hadapannya itu.

"Nah. Jangan lupa ajak Syaf makan sekali tau. Dah sekali makan, nanti mesti dia nak makan lagi. Nanti boleh la Ir tolong masakkan untuk dia." Azila mengusik lagi sambil menyerahkan bungkusan makanan tersebut kepada Irdina.

"Akak ni. Macam la Ir tau masak. Nak goreng telur pun tak pass. Ni kan pulak nak masak nasi lemak. Muntah darah la si Syaf tu kalau makan nasi lemak Ir nanti." Irdina membalas usikan Azila sambil tersengih. Langkah kembali diatur ke muka pintu. Azila berjalan seiringan dengannya. Menemani hingga ke muka pintu.

"Ala... orang kalau dah sayang, dah tak kira semua tu. Tapi kalo Ir nak, akak boleh ajar." Azila masih tidak puas mengusik Irdina. Irdina yang telah pun bersedia dengan basikal di sisinya tersenyum kelat.

"Huhuhu. Tak apa la kak. Terima kasih saja. Sampai kiamat la kot baru Ir rase nak belajar masak. " Mereka ketawa serentak. Sudah sekian lama Irdina tidak seceria itu.

"Ok la Kak Zila. Ir pergi dulu eh. Nanti Syaf mengamuk pulak kalau Ir lambat nanti. Daaa..." Basikal dikayuh perlahan sambil melambai ke arah Azila yang masih setia di muka pintu. Setelah kelibat Irdina hilang dari pandangan, barulah dia kembali ke dapur, meneruskan kerja yang terhenti seketika tadi.


Basikal hitam miliknya dikayuh perlahan menuruni bukit menuju ke tempat perjanjian mereka. Jam di tangan ditoleh sekilas. Alamak! Dia dah lambat. Mesti Syaf mengamuk ni. Dia menggumam sendiri. Kayuhan kian dilajukan.



akan bersambung....

~Alahai tudung~

Salam....
Dalam kegawatan ekonomi ni, tengok2 makin ramai plak yang wat bisnes. Aku pun terjebak sama. Benda baik. So, xde masalah la kalo nk join. Yang penting halal. Tapi aku ni jenis x suka wat bisnes bila nk cari org jd downline upline segala benda semua tuh. Sebab aku ni x begitu mantap dari segi marketing skill. Sikit2 tuh bleh ar. Org jepun kata Sukoshi. :D

Nk tau aku join bisnes pe? Ni la dia. Tudung ariani. Tudung ekin. Yang sefesyen ngan tudung2 tuh ar. korang sumer mesti tau kn fesyen2 tudung nih. Ni aku tunjuk ckit sampel tudung yg de dlm stok kitorg. Nk tempah jahit pun bleh. Nk beli kain jersey ngan awning saje pun bleh. Nk order yg siap terus pun bleh.






Tp wat masa sekarang ni aku juz tolong jualkan tuk bakal kakak ipar aku. Nk kuarkn modal sendiri x mampu lg. Dalam masa yang same try ar gak blaja nk jahit tudung ni. Jumaat lepas sempat ar gak aku tumpang belajar. So, tau ar ckit2 asas menjahit tudung tu camne. Lagipun aku memang minat benda2 camni.

So, sape2 yg minat, bleh contact aku or korang bleh klik je title tuh. Jangan segan2 eh.

chow dlu. Entry len kali aku taruk gmbar len lak.

~Schubert's Serenade~


Da story begin....

Cerita nukilan HLOVATE ni, baru sahaja habis dibaca semalam. Novel ini dah lama sebenarnya, cuma aku yang agak ketinggalan dan baru sahaja semalam sempat menghayatinya dengan sepenuh jiwa. Sungguh aku kagum dengan hasil nukilan beliau. Kiranya bukan aku seorang yang berfikiran sebegitu. Mungkin semua yang pernah membaca hasil nukilannya.

Schubert's Serenade yang terkandung dalam novel GURINDAM JIWA ini yang mana turut memuatkan 2 buah lagi cerita hasil nukilan IMAEN (Vendetta) & NOOR SURAYA (Hati Andriyana) cukup menyentuh perasaan aku. Sepanjang membaca cerita tersebut, air mata tidak berhenti mengalir. Sangat sedih. Saat menggembirakan dalam cerita tersebut hanya di permulaan cerita. HLOVATE bercerita bagaimana watak NAJWA aka Ju'a & SHAHARMI aka Abang Shah sering bertelingkah di awal perkenalan mereka. Hubungan mereka sebagai adik beradik tiri yang sering bergaduh bertukar menjadi sebaliknye bila mana segala salah faham yang berlaku disingkap. Perjanjian damai dimeterai kedua-duanya. Di situlah bermula segala kenangan manis antara mereka. Ju'a & Abang Shah. Kedua-duanya mempunyai minat yang sama, salah satunya muzik klasik. Ju'a akan bermain violin sementara Abang Shah akan bermain piano. Mereka juga meminati penulis yang sama. Dan di situlah bermulanya kenangan yang indah di jiwa Ju'a. Kehadiran Abang Shah yang sering melayannya persis adiknya sendiri membuahkan rasa sayang yang tidak terhingga buat abang tirinya itu. Dan kehadiran Luqman, adik baru mereka seolah-olah menggantikan Abang Shah yang pergi meninggalkan mereka buat selama-lamanya. Di situlah bermulanya dugaan buat Ju'a. Kehilangan Abang Shah dalam hidup mengubah hampir 180 darjah dari dirinya yang sebenar. Dia berhenti daripada bermain muzik. Setiap perkara yang dihadapinya sering mengingatkannya kepada Abang Shah. EG. Lelaki itu persis abang kesayangannya. Dia juga meminati muzik yang sama. Memakai wangian yang sama. Semuanya begitu menyeksa jiwa Ju'a. EG yang cuba mendesak & mencabar Ju'a untuk bermain muzik semula setelah gadis itu menolak perlawaannya untuk membuat persembahan duo di kolej mereka. Namun EG akhirnya akur dengan kata-kata Ju'a.

Epilognya.. aku suka. Kalo nak tau kena baca sendiri. :D


** Aku mula meminati HLOVATE sejak aku mula melayari & membaca nukilannya di blog beliau. Cerita-ceritanya aku kira bagus. Ada unsur Islamik. Dan jugak berilmu.Bukan jiwang semata-mata. Walaupun aku dalam kategori suka gak buku2 jiwang nih. Tp, kira aku nih fleksible. Sumer bleh masuk.hehehehe..Sekarang nih dalam usaha nk kumpul semua novel beliau yang telah diterbitkan. Nak wat koleksi. Nih aku sertakan sekali lagu Schubert's Serenade tuh.. Video nih aku yg wat sendiri. Sampai hang pc tuh gara2 nk siapkn video nih. Huhuhu.. Saje pilih gambar sunset sebab aku teringat scene dalam anime Bleach yg mane Ichigo kate dia x suke sunset walaupun pemandangannya lawa sebab suasana masa sunset tuh sgt sedih. Aku setuju. Sbb tuh aku wat video lagu nih camtu. Lagu dia memang sedey. Layan la ye...