Da story begin....
Cerita nukilan HLOVATE ni, baru sahaja habis dibaca semalam. Novel ini dah lama sebenarnya, cuma aku yang agak ketinggalan dan baru sahaja semalam sempat menghayatinya dengan sepenuh jiwa. Sungguh aku kagum dengan hasil nukilan beliau. Kiranya bukan aku seorang yang berfikiran sebegitu. Mungkin semua yang pernah membaca hasil nukilannya.
Schubert's Serenade yang terkandung dalam novel GURINDAM JIWA ini yang mana turut memuatkan 2 buah lagi cerita hasil nukilan IMAEN (Vendetta) & NOOR SURAYA (Hati Andriyana) cukup menyentuh perasaan aku. Sepanjang membaca cerita tersebut, air mata tidak berhenti mengalir. Sangat sedih. Saat menggembirakan dalam cerita tersebut hanya di permulaan cerita. HLOVATE bercerita bagaimana watak NAJWA aka Ju'a & SHAHARMI aka Abang Shah sering bertelingkah di awal perkenalan mereka. Hubungan mereka sebagai adik beradik tiri yang sering bergaduh bertukar menjadi sebaliknye bila mana segala salah faham yang berlaku disingkap. Perjanjian damai dimeterai kedua-duanya. Di situlah bermula segala kenangan manis antara mereka. Ju'a & Abang Shah. Kedua-duanya mempunyai minat yang sama, salah satunya muzik klasik. Ju'a akan bermain violin sementara Abang Shah akan bermain piano. Mereka juga meminati penulis yang sama. Dan di situlah bermulanya kenangan yang indah di jiwa Ju'a. Kehadiran Abang Shah yang sering melayannya persis adiknya sendiri membuahkan rasa sayang yang tidak terhingga buat abang tirinya itu. Dan kehadiran Luqman, adik baru mereka seolah-olah menggantikan Abang Shah yang pergi meninggalkan mereka buat selama-lamanya. Di situlah bermulanya dugaan buat Ju'a. Kehilangan Abang Shah dalam hidup mengubah hampir 180 darjah dari dirinya yang sebenar. Dia berhenti daripada bermain muzik. Setiap perkara yang dihadapinya sering mengingatkannya kepada Abang Shah. EG. Lelaki itu persis abang kesayangannya. Dia juga meminati muzik yang sama. Memakai wangian yang sama. Semuanya begitu menyeksa jiwa Ju'a. EG yang cuba mendesak & mencabar Ju'a untuk bermain muzik semula setelah gadis itu menolak perlawaannya untuk membuat persembahan duo di kolej mereka. Namun EG akhirnya akur dengan kata-kata Ju'a.
Epilognya.. aku suka. Kalo nak tau kena baca sendiri. :D
** Aku mula meminati HLOVATE sejak aku mula melayari & membaca nukilannya di blog beliau. Cerita-ceritanya aku kira bagus. Ada unsur Islamik. Dan jugak berilmu.Bukan jiwang semata-mata. Walaupun aku dalam kategori suka gak buku2 jiwang nih. Tp, kira aku nih fleksible. Sumer bleh masuk.hehehehe..Sekarang nih dalam usaha nk kumpul semua novel beliau yang telah diterbitkan. Nak wat koleksi. Nih aku sertakan sekali lagu Schubert's Serenade tuh.. Video nih aku yg wat sendiri. Sampai hang pc tuh gara2 nk siapkn video nih. Huhuhu.. Saje pilih gambar sunset sebab aku teringat scene dalam anime Bleach yg mane Ichigo kate dia x suke sunset walaupun pemandangannya lawa sebab suasana masa sunset tuh sgt sedih. Aku setuju. Sbb tuh aku wat video lagu nih camtu. Lagu dia memang sedey. Layan la ye...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "~Schubert's Serenade~"
Post a Comment