~SS501 ~~Only One Day~

SS501 ~ ONLY ONE DAY aka HARUMAN

ENGLISH TRANSLATION
(credits go to IBreatheLifeMusic)

Your back figure as you left
I can't forget it
Because I cherished you
Time will fix it all
Was the support from my friends
But it is too less to bury you
In between the continuous trips
The thing that finds me again
It is your voice carried by the wind
Can you forget?

Day by day
The day that you aren't here
Becomes a memory like yesterday
It burdens me so much
One day just for only one day
If only my hand can wipe your tears
Then I will tell you
My everything

The past memories I can't forget
It hides the past nights
When the heartless times stops
On top of the promise I couldn't keep
Is the dust that settled on top
Secretly, I clean it off with my tears

In between the large population
I'm looking for you again
My voice saying that I love you
Can you forget it

Day by day
The day that you aren't here
Becomes a memory like yesterday
It burdens me so much
One day just for only one day
If only my hand can wipe your tears
Then I will tell you
My everything

In the split road of my destiny
Even if they say it is a shattered dream
I wish I can bring you back again

One day just for only one day
If I can get to see you
If this aged prayer can bring you back
What I couldn't say
The words I couldn't say that was deep inside my heart
Then I will tell you
I love you

One day just for only one day
If only my hand can wipe your tears
Then I will tell you
You are my everything
Please receive my last courage.

~My Wed's Pics~

Gambar2 kt bawah ni sumer gmbar hari perkahwinan aku raye puase yg lepas. Bertempat di rumah aku, K.Terengganu, b'tarikh 24/09/09 (akad nikah) & 25/09/09 (kenduri). Yg baju hijau lumut tuh aku pakai mase ari kenduri tuh. Yg nmpak ala2 krim kehijauan tuh plak, tuk akad nikah. Kenduri sebelah laki seminggu lepas kenduri kt umah aku. Tapi xde gambar coz kami wat simple & sederhana je. Xde upah cameraman. Sempat gak sesi outdoor, kt tepi pantai lg tuh. Dah la tgh matahari tegak atas kepala. Tapi demi nk amik kenangan indah tu, sanggup kami b'panas. Hehehe. Sila la yea. Jamu mata tgk gmbar kami nih.















~Kepulangan~

Biarpun kita menjadi Tuhan..
Kita tetap bertuhan...
Biarpun kita mereka-reka..
Kita tetap ciptaan...

Apalah kita menjadi Tuhan..
Sedangkan kita tetap hamba...
Apalah guna mengangkat kepala...
Sedangkan sujud tempatnya...

Lihatlah ke dalam diri...
Peperangan ada di sana...
Tempat kita di mana?
Kalau bukan di situ...
Gelap, sempit...
Dan fitnahnya teramat dahsyat...

Perjalanan yang jauh terasa perit..
Berliku-liku dengan wajah yang legam..
Siapakah yang mampu menolong?

Kalau bukan kamu yang berasa kerdil...
Lalu memencilkan jiwa dalam pandangan-Nya...
Lalu tunduk sujud mewalangkan diri...
Lalu pulang ke pangkuan-Nya...

Kerdillah diri apabila kita pulang ke sana..
Bergelumang tanah,
Di atasnya subur bunga-bunga...

Wahai ALLAH...
Terimalah kepulanganku..
Hamba-Mu...
Ya Rabbi..




P/s: Puisi nih aku cilok ntah dr mane.. mase aku study kt matric dulu..

~ Andai Dapat Ku Undur Masa ~

Erm, dengar tajuk kat atas nih cam lagu kan? Korang nih mesti ingat aku jiwang karat. Feeling ngan lagu tangkap lentok tuh. Memang pun. Tuh salah satu lagu kegemaran my Abang TERCHENTA. Katanya la. Tapi la ni, aku xnk cakap pasal lagu tu. Aku nak cakap pasal benda len.

Erm, selama hayat korang ni penah x walau sesaat pun terdetik kt dalam hati yang korang menyesal ngan pilihan dan tindakan yang telah korang amik? Korang jawab ar sendiri eh. Aku, tipu ar kalo kata x penah rasa camtu.

Pe pilihan dan tindakan yang aku amik dulu yang membuatkan aku rasa menyesal sangat sekarang ni? Aku rasa xde kot. Nak kata menyesal sangat2 tu xde ar, tapi ckit2 tu de ar kot. Tapi tu x b'makna aku x redha. Cuma menyesal atas kesilapan diri sendiri. Dan pe yang membuatkan aku terima segala pilihan dan tindakan yang telah aku amik tu, sebab kalo aku x wat pilihan tu, aku x kan jupe ngan my Abang TERCHENTA tu. Hehehehe. Jangan jeles tau.

Andai dapat diundur masa tu, pe yang korang nak ubah? Kalau aku, aku nak study betul2 masa study time SPM ngan kt U dulu. Menyesal gak ar sebab x fokus ngan study dan x study btul2 sepanjang tempoh pengajian tu. Lagi satu, aku dah x nak tido dalam kelas lagi dah. Huhuhu. Pendek kata, kalo masa tu bleh berputar ke zaman silam, aku nak btulkan dulu sikap aku. Biar lebih concentrate & focus.

Korang pikir la sendiri eh. Mana yang still bleh kita ubah sekarang nih, berusahalah untuk berubah. Yang mana kita dah x bleh nak ubah tu, terima je dengan redha takdir Allah. Yang penting, sekarang nih kita berusaha untuk menjadikan diri kita cemerlang dari segi rohani dan jasmani. Tapi untuk jadi cemerlang tu, jangan pulak kita mengkecundangkan orang len. Paham x maksud aku camne? Kalo x paham meh sini aku terangkan. Kita nak berjaya, jangan guna cara kotor. Untuk cemerlang dunia akhirat, cara kena btul. X de pun sebenarnya istilah "MATLAMAT MENGHALALKAN CARA" dalam Islam. Ingat tu korang2 semua, nih termasuk diri aku jugak la. Kita nak cemerlang biar dari usaha kita sendiri, bukan dengan cara kita mengorbankan orang lain. pe yang penting, USAHA sungguh2, pastu DOA mintak kat Allah, kena sungguh2 jugak. Last sekali baru TAWAKKALTU 'ALALLAH.

Sama2 ar kita berusaha yea!

chow!

~ Demi Janji Irdina ~

Chapter 1

Wajah di cermin ditatap. Rambut pendek separas leher disikat rapi. Topi hitam putih bercorak abstrak dengan perkataan Converse di bahagian hadapan topi, di penjuru katil dicapai dan disarung ke kepala. Dia senyum sekilas. Jam di dinding bertentangan katil bujangnya ditoleh. 7 pagi. Ada lagi 15 minit sebelum masa yang dijanjikan. Berpuas hati dengan penampilan diri, beg sandang Nike di atas katil dibawa ke bahu sebelah kanan. Kakinya terus melangkah keluar. Pintu dikunci dari dalam. Label "DON'T DISTURB" di pintu diganti dengan label "OUT".

Kakinya melangkah menuruni tangga menuju terus ke pintu utama. Sunyi. Hanya kedengaran bunyi pinggan dan sudu berlaga di dapur. Pastinya Kak Zila orang gaji mereka sedang menyiapkan sarapan. Ayah dan mama semestinya masih tidur. Maklum sahaja, hari minggu. Kalau tidak, pastinya kedua-duanya sibuk menyiapkan diri masing-masing untuk ke pejabat. Niatnya untuk terus keluar tidak jadi apabila mendengarkan namanya dipanggil. Lantas, dia melangkah ke dapur.

"Ir nak keluar?" Azila bertanya lembut.
"A'ah. Macam biasa kak. Dah janji dengan Syaf." Dia senyum.Menampakkan lesung pipit di pipi kanannya.
"Oh. Awalnya dating." Azila ketawa apabila melihatkan wajah di depannya mula kemerahan.
"Ada pulak dating. Tak mainlah dating-dating ni kak. Ir ngan Syaf tu kawan je. Kawan rapat. Erm, Kak Zila masak apa?"
"Nasi lemak dengan sambal kerang. Ir makan eh. Kak Zila siapkan."
"Tak apalah Kak Zila. Ir dah lambat ni. Kesian kat Syaf kena tunggu lama."
"Erm, kalau macam tu Kak Zila tapaukan eh. Nanti boleh makan sekali dengan Syaf. Baru romantik." Azila ketawa. Wajah di hadapannya sudah berubah riak.
"Akak.." Wajahnya mencerut. Geram dengan usikan orang gajinya itu. Azila segera menyiapkan bekalan makanan untuk gadis di hadapannya itu.

"Nah. Jangan lupa ajak Syaf makan sekali tau. Dah sekali makan, nanti mesti dia nak makan lagi. Nanti boleh la Ir tolong masakkan untuk dia." Azila mengusik lagi sambil menyerahkan bungkusan makanan tersebut kepada Irdina.

"Akak ni. Macam la Ir tau masak. Nak goreng telur pun tak pass. Ni kan pulak nak masak nasi lemak. Muntah darah la si Syaf tu kalau makan nasi lemak Ir nanti." Irdina membalas usikan Azila sambil tersengih. Langkah kembali diatur ke muka pintu. Azila berjalan seiringan dengannya. Menemani hingga ke muka pintu.

"Ala... orang kalau dah sayang, dah tak kira semua tu. Tapi kalo Ir nak, akak boleh ajar." Azila masih tidak puas mengusik Irdina. Irdina yang telah pun bersedia dengan basikal di sisinya tersenyum kelat.

"Huhuhu. Tak apa la kak. Terima kasih saja. Sampai kiamat la kot baru Ir rase nak belajar masak. " Mereka ketawa serentak. Sudah sekian lama Irdina tidak seceria itu.

"Ok la Kak Zila. Ir pergi dulu eh. Nanti Syaf mengamuk pulak kalau Ir lambat nanti. Daaa..." Basikal dikayuh perlahan sambil melambai ke arah Azila yang masih setia di muka pintu. Setelah kelibat Irdina hilang dari pandangan, barulah dia kembali ke dapur, meneruskan kerja yang terhenti seketika tadi.


Basikal hitam miliknya dikayuh perlahan menuruni bukit menuju ke tempat perjanjian mereka. Jam di tangan ditoleh sekilas. Alamak! Dia dah lambat. Mesti Syaf mengamuk ni. Dia menggumam sendiri. Kayuhan kian dilajukan.



akan bersambung....

~Alahai tudung~

Salam....
Dalam kegawatan ekonomi ni, tengok2 makin ramai plak yang wat bisnes. Aku pun terjebak sama. Benda baik. So, xde masalah la kalo nk join. Yang penting halal. Tapi aku ni jenis x suka wat bisnes bila nk cari org jd downline upline segala benda semua tuh. Sebab aku ni x begitu mantap dari segi marketing skill. Sikit2 tuh bleh ar. Org jepun kata Sukoshi. :D

Nk tau aku join bisnes pe? Ni la dia. Tudung ariani. Tudung ekin. Yang sefesyen ngan tudung2 tuh ar. korang sumer mesti tau kn fesyen2 tudung nih. Ni aku tunjuk ckit sampel tudung yg de dlm stok kitorg. Nk tempah jahit pun bleh. Nk beli kain jersey ngan awning saje pun bleh. Nk order yg siap terus pun bleh.






Tp wat masa sekarang ni aku juz tolong jualkan tuk bakal kakak ipar aku. Nk kuarkn modal sendiri x mampu lg. Dalam masa yang same try ar gak blaja nk jahit tudung ni. Jumaat lepas sempat ar gak aku tumpang belajar. So, tau ar ckit2 asas menjahit tudung tu camne. Lagipun aku memang minat benda2 camni.

So, sape2 yg minat, bleh contact aku or korang bleh klik je title tuh. Jangan segan2 eh.

chow dlu. Entry len kali aku taruk gmbar len lak.

~Schubert's Serenade~


Da story begin....

Cerita nukilan HLOVATE ni, baru sahaja habis dibaca semalam. Novel ini dah lama sebenarnya, cuma aku yang agak ketinggalan dan baru sahaja semalam sempat menghayatinya dengan sepenuh jiwa. Sungguh aku kagum dengan hasil nukilan beliau. Kiranya bukan aku seorang yang berfikiran sebegitu. Mungkin semua yang pernah membaca hasil nukilannya.

Schubert's Serenade yang terkandung dalam novel GURINDAM JIWA ini yang mana turut memuatkan 2 buah lagi cerita hasil nukilan IMAEN (Vendetta) & NOOR SURAYA (Hati Andriyana) cukup menyentuh perasaan aku. Sepanjang membaca cerita tersebut, air mata tidak berhenti mengalir. Sangat sedih. Saat menggembirakan dalam cerita tersebut hanya di permulaan cerita. HLOVATE bercerita bagaimana watak NAJWA aka Ju'a & SHAHARMI aka Abang Shah sering bertelingkah di awal perkenalan mereka. Hubungan mereka sebagai adik beradik tiri yang sering bergaduh bertukar menjadi sebaliknye bila mana segala salah faham yang berlaku disingkap. Perjanjian damai dimeterai kedua-duanya. Di situlah bermula segala kenangan manis antara mereka. Ju'a & Abang Shah. Kedua-duanya mempunyai minat yang sama, salah satunya muzik klasik. Ju'a akan bermain violin sementara Abang Shah akan bermain piano. Mereka juga meminati penulis yang sama. Dan di situlah bermulanya kenangan yang indah di jiwa Ju'a. Kehadiran Abang Shah yang sering melayannya persis adiknya sendiri membuahkan rasa sayang yang tidak terhingga buat abang tirinya itu. Dan kehadiran Luqman, adik baru mereka seolah-olah menggantikan Abang Shah yang pergi meninggalkan mereka buat selama-lamanya. Di situlah bermulanya dugaan buat Ju'a. Kehilangan Abang Shah dalam hidup mengubah hampir 180 darjah dari dirinya yang sebenar. Dia berhenti daripada bermain muzik. Setiap perkara yang dihadapinya sering mengingatkannya kepada Abang Shah. EG. Lelaki itu persis abang kesayangannya. Dia juga meminati muzik yang sama. Memakai wangian yang sama. Semuanya begitu menyeksa jiwa Ju'a. EG yang cuba mendesak & mencabar Ju'a untuk bermain muzik semula setelah gadis itu menolak perlawaannya untuk membuat persembahan duo di kolej mereka. Namun EG akhirnya akur dengan kata-kata Ju'a.

Epilognya.. aku suka. Kalo nak tau kena baca sendiri. :D


** Aku mula meminati HLOVATE sejak aku mula melayari & membaca nukilannya di blog beliau. Cerita-ceritanya aku kira bagus. Ada unsur Islamik. Dan jugak berilmu.Bukan jiwang semata-mata. Walaupun aku dalam kategori suka gak buku2 jiwang nih. Tp, kira aku nih fleksible. Sumer bleh masuk.hehehehe..Sekarang nih dalam usaha nk kumpul semua novel beliau yang telah diterbitkan. Nak wat koleksi. Nih aku sertakan sekali lagu Schubert's Serenade tuh.. Video nih aku yg wat sendiri. Sampai hang pc tuh gara2 nk siapkn video nih. Huhuhu.. Saje pilih gambar sunset sebab aku teringat scene dalam anime Bleach yg mane Ichigo kate dia x suke sunset walaupun pemandangannya lawa sebab suasana masa sunset tuh sgt sedih. Aku setuju. Sbb tuh aku wat video lagu nih camtu. Lagu dia memang sedey. Layan la ye...

~lawak mamai...~

Pagi td selamat jugak aku smpai kt stesen putra dr kg ngan bas Transnasional. Kalo ikut kelaziman aku, xdenya aku nk naik bas tuh. Tp disebabkn kemalasan yg teramat nk gi stesen putra tuh, t'paksa ar aku naik gak bas tuh. Huhuhu, dahsyat punye tahap malas nih.

Dalam aku duk mamai tuh, tengok2 dh smpai upenyer. Dah turun dari bas tuh, aku ngan selambanye terus je masuk dlm area menunggu tuh. Ramainye manusia masa tuh x usah cakap ar. Dan aku tunggu ar tunang aku dtg sbb mmg dia sedia menunggu aku kt situ semalaman. Terharu gak aku. Kesian gak kt my Abang tuh sbb x cukup tido gara2 nk tunggu aku. Pastu bile tunang aku sampai, dia terus tanye "xde beg ke? yg nih je ke?"
Mase tuh baru aku perasan, aku x amik pun beg baju aku kt tempat letak beg kt bas tuh. Naseb baik ar bas tuh x keluar lg dari kawasan tuh. Seb baik gak my Abang tanye. Kalo x haru ar aku. Dengan segala macam benda yg de dlm beg tuh. Semua penting lak tuh. Huhuhuhu...

Kalo nk diingat balik, mmg lawak gak peristiwa tuh. Pagi2 buta aku dh wak lawak. Lawak spontan lak tuh. Pak cik drebar bas tuh lak cam nk marah je. Dia geleng kepala tgk aku. Mesti dia tensen sbb de gak org cam aku dlm dunia nih. Huhuhu.. to pak cik drebar, mintak maaf & time kasih ye, pak cik. Jasamu ku kenang. Mmg aku ingat ar muke pak cik tuh. Hehehhehe :D

And to my Abang, gue syg bangat sama kamu...

last but not least......... peace!!!!!!!!!

~bla blaa blala... ~

Huhuhu.. for the last 2 last 2 weeks, i've been very busy. Keje kt opis berlambak2. Aku tukang tolong je ar. Nasib baik bukan aku yg incharge keje2 tuh semua. Kalo x, x tak mustahil aku bleh naik tensen ngan segala benda yg de kt opis tuh. Dengan segala borang ngan databasenye.. huhuh naik pening aku tgk. Skrg nih pun diorg kt opis tuh still lg duk b'tungkus-lumus menyiapkan segala macam benda tuh. Kalo x sempat submit, sia2 je ar segala perit-jerih kami tuh. Dah ar 2 minggu tuh gak ar duk asyik ulang-alik dr pj ke setiawangsa tuh. Bukan dekat. Dan selalu gak ar aku masuk opis lewat. Huhuhu... ilang harapan aku nk jadi pekerja harapan. (perasan tuh!)Kadang2 je dtg awal, tuh pun sebab aku overnight kt umah mak sedara kt ampang tuh. Dekat ar ckit. Kalo x, harap........

Skrg nih, dh start sem baru kt UIA PJ nih. Sem pendek. Busy. Macam2 nk kena settlekn. Part timer dh ramai yg gi main campus. Yg tinggal juz 2-3 org je. Yang baru apply lak, nk keje tuk sem nih je. Haru sungguh. Penat btul nk interview diorg nih. Then nk kena training lg. Tp yg paling syok time training tuh, aku saje je wat2 garang. Nk tgk dak2 nih bleh tahan ke x. Nk keje cam aku nih, susah gak sebenarnye. Nmpak je senang. Kena cekap. Kena rajin senyum. Tp dak2 baru nih x ramai yg suke senyum kt aku. Bile camtu aku pun payah ar nk senyum. Haiya..parah btul.

Erm.. pe lagi ye..opps, lupe lak. Tonight aku balik kampung. Balik umah. Study. Hari sabtu nih de ujian. Insya Allah kalo pass ujian nih nnt, dpt interview. Wish me luck!

Daa...stakat nih dlu.. len kali gua cerita lg..

~hangin btul~

Hari ini, hari Jumaat. Hari kebesaran Islam. Sepatutnya kedatangan hari yg mulia nih memberi ketenangan dalam hati umat Muhammad. Tapi pepagi lg dh hangin semacam. Bukan aku je. 1 ofis lak tuh. Kalo nk ikutkn, mmg de gak salah aku dalam hal nih. Aku nih mmg slalu lewat je gi keje.. huhuhu.. dh try gi awal.. tp last2 lewat gak.. Aku nih kena de org kejutkn pagi2, bru bleh bangun awal ckit. Ish3x.. camne ar nk kawen nih. Haru sungguh.

Tak sangka aku wat keje agak bodoh pg td. Dlm ati mmg niat xnk pegi meeting kt ofis. Malas giler. Tambah2 lak aku dh lewat giler. Kalo aku gi pun konfirm kul 10 lebih baru smpai. Padahal sepatutnye kena de kt ofis b4 9 o'clock. Aku time tuh duk kt umah lg. Kt PJ tuh. Nk kena naik bas gi LRT U, then baru naik LRT ke setiawangsa. Bukannye dekat. Amik mase dlm sejam gak tuh. Tp dlm xnk gi tuh, aku naik gak bas Metro 12 tuh. Duk tgh syok layan jiwang karat tepi tingkat dlm bas tuh, dpt call dr ofis. Akak tuh cakap, "kt mane nih?" - Aku pun jawab ar de dlm bas. Then dialog seterusnya dr akak tuh " bos kate kalo dh lewat camni baik xyah dtg. Waktu keje kt ofis start kul 9." Then nk tau aku jawab pe? - "OK" huuhuhu.. mmg mase tuh aku pikir dh dia kate camtu, baik aku xyah gi. Cam beliau penah kata "BERTINDAK MENGIKUT ARAHAN".

Tp mase tuh, aku ingatkn aku sorg je yg dpt call camtu, upenyer partner aku yg keje kt zc tuh pun camtu gak. Aku tau pun sebab dia call aku. Aku ingatkn dia gi ofis lepas tuh sbb dia mmg dh nk smpai ofis pun. Tau2 je, dia pun x gi gak. Huhuhu.. mmg bagus btul ar. Dalam duk aku pikir tuh, smpai gak kt LRT U. Cadang2 nyer nk gi jenjalan, gi mid ke. Tapi aku tnye p'dpt Kak Liza, beliau kate lebih baik aku gi ofis walaupun bos dh kate camtu. Then aku try tnye p'dapat My Abg lak & dia kata xyah ar pegi. Huhuhu.. aku dh konfius mase tuh. Last2 aku gi bli gak tiket ke setiawangsa.

Dlm tren tuh, aku dh pikir macam2. Dh sampai2 kt blok ofis, aku pnjat ar tngga nk gi ofis tuh. Tetiba je rase cam seram semacam. Aku duk patah balik naik turun tangga 2,3 kali gak ar. Siap bace ayat lg nk suh tenang ckit jiwa aku nih. Tp last2 x masuk pun. Huhuhuhu. Last2 aku balik bodoh camtu je. Sengal kn????

Wat member2 ofis yg t'kena tempias puting beliung pg td, sabarkn diri anda. Aku pun hot gak pg td. Menten2kn diri anda okeh..

chow dlu..len kali eden smbung lg...

~Ku Milikmu~

Alhamdulillah... majlis pertunangan aku b'jalan dengan lancar petang jumaat ari tuh. Skrg nih dh tukar status dh. Dah jadi tunangan org. Dh x bleh nk usha2 lelaki len dh. Kalo dlu bleh gak cuci mata ckit2.Hehehehe... (Jahat kn aku?)

Majlis aku ari tu simple je. Penat gak nk prepare tuk majlis tuh. Mak juz panggil jiran ngan family t'dekat je. Lepas zohor baru ar preparation tuh siap. Aku punye penampilan biase je. Malas aku nk mekap2 nih. (teruk giler kan???) huhuhuhu. Aku mmg x suke ar pakai mekap nih. Pakai bedak silky girl yg harga rm 3.90 tuh je. Pastu sapu lip balm je. Sempoi je kn... Seb baik mak aku x bising pasal aku giler punye sempoi ari tuh. Dia bising sbb aku x pakai langsung brg kemas mase majlis tuh. Aku x kisah pun. Sbb aku bukannye de brg kemas len. Kalo setakat cincin silver 925 tuh mmg byk ar aku de. Tapi yg selalu aku pakai yg Abang aku bg je. Hadiah besday aku tahun lepas. Sayang giler cincin tuh.

Org kata, time bertunang ar byk dugaan. Bimbang jugak nih. Sebab tuh kami kalo bleh xnk b'tunang lame2. So, alhamdulillah tarikh pun dh ditetapkn. Harap2 segalanye dipermudahkan oleh Allah. Aminn.. Wat teman yg byk bagi nasihat kt aku, thanx a lot eh.. aku syg kamu.. hehehehhe

chow dlu.. nnt aku smbung lg...daaa....

Wishing For The Perfect Life Partner

Malam Jumaat lalu, dlm duk kalut keje tuh tetiba my Abang called me & berita yg disampaikn begitu m'gembirakn aku. Tapi x dinafikan b'bagai perasaan b'baur dlm hati aku saat ini. Perancangan kami tetiba ditukar. Tuntutan keje & perhatian yg harus aku berikan untuk kesempurnaan majlis yg bakal b'langsung Jumaat ini terasa agak membebankan aku. Penat. Teramat penat aku rasakan. Penat b'fikir sebenarnye.

Alhamdulillah, hampir 80% preparation tuk majlis tuh hampir siap. Bekas hantaran dh hampir aku settlekn, juz need a little bit decoration. Aku wat sendiri tuh dengan pandangan drpd bakal kakak ipar aku, Kak Nisah. Hari sabtu lepas hampir sehari suntuk keluar shopping ngan my Abang & kak Nisah untuk m'beli segala keperluan untuk majlis. Aku hanye memilih baju kurung yg simple. Agak mahal aku kira, tp aku puas hati. Sbb baju tuh pd pandangan aku sgt comey. hehehe.. Aku hanye sediakn bekas hantaran tu,ngan hiasan ckit2, yg len mak aku dh settlekn kt kg. Nasib baik kn... Harap majlis tu akan b'langsung dengan sebaik mungkin.

Tak pernah aku sangka yg hubungan kami akan smpai ke tahap ini walaupun aku yakin dengan dirinya. Tapi aku amat bersyukur sebenarnye. Dia adalah seorang yang begitu mengambil berat, memahami & aku tahu dia betul-betul sayangkn aku. Pada mulanya,aku sendiri tidak pasti kenapa aku memilih dirinya. Tapi yg pasti, aku takut untuk kehilangannya. Dan sekarang aku amat takut untuk melepaskannya pergi. Aku terlalu menyayangi dirinya. Aku berharap agar jodoh kami berpanjangan hingga ke akhirnya.

Mudah-mudahan segala urusan kami dipermudahkn Allah... Dan semoga dia adalah yg t'baik untukku... amiin..

penat...

Erm.. ni la dia wajah baru blog aku.. dh lame benor x update. Almaklum saje, lately agak bz ngan keje. Setiap ari plak tuh kene keje.. huhuhuhu.. penatnye x usah dikira..

Tp nk wat camne, dh t'paksa. Lagipun bukan aku sorg yg kena keje camtu. Kecian gak kt member aku yg sorg nih. Start dr ari 1st dia kena jge cc cam aku nih, straight je keje. tak cuti2 pun lg.(Inche fazrul, jgn tensen2 ek.. senyum ckit, jgn garang2 sgt.. hehehehe)

Agaknye bile ar nk de pengganti fulltimer nih. Sungguh aku penat. Penat ngan keje. Penat ngan kerenah & ragam manusia.

2008 Cute Blogger's Award

Tag nih dr kaylizard..

(x sangka lak ditag... )

Undang-undang tag dari kaylizard..:-


1. copy badge '2008 Cute's Blogger Award' utk d ltkkn d blog anda...



2. link / ceritakan kembali siapa yg mberikan award ini kpd anda...

~ kaylizard nih member baik aku since kt matric.. dormmate aku + study mate gak.. 1st kenal sbb dia kawan ngan sorg lg member aku.. last2 tiga2 jadik rapat.. ngan dia ar aku panjat pokok rmbutan kt matrik tuh.. hehehhe.. rindu plak saat2 tuh...

3. setiap blogger mesti mnyatakan 10 fakta / hobi diri sdr sblm mmilih penerima award seterusnya (anda tlh d tag!!!!)

~ huhuuhu.. xde idea...

#1- Aku paling x suke org panggil aku ngan name Has.. allergik.. huhuuhu.. nk panggil Mieja xpe... :D

#2- Seterusnye.. anak sulung yg x byk songeh.. mase kecik2 dlu rapat giler ngan ayah aku... x manja & x reti camne nk jdi manja.. tp kadang2 bleh jdi sgt sensitif...

#3- x bleh tgk org menangis.. even dlm drama ke movie ke.. x kira citer pe2 pun.. kalo mmg menyentuh jiwa aku.. mmg leleh ar.. huhuhu..

#4- sejak dr form 1, aku dh biase duk jauh ngan family.. xde nyer nk homesick.. nape?? ntah aku pun tatau.. tp aku mmg suke duk jauh, merantau.. bleh b'dikari.. ok pe.. balik kg skali-skala, baru best.. hehehe

#5- 1st time putus cinta wat aku jadi x lalu mkn.. btul2 punye.. tp mandi basah ar.. heheheh.. mkn nasi terasa cam telan pasir.. mmg parah.. frust tuh xde ar smpai menonggeng... tp sedey.. n skrg aku kawan ngan dia.. juz kawan.. x sangka lak sku still bleh terima dia as a fren.. tp aku pikir itu yg t'baik... x baik nk gaduh2 kn...

#6- sgt suke men buaian... espeselly time jiwa tgh gundah-gulana.. huhuhuu...kalo bleh nk men hari2.. :D (my future husband slalu ckp.. cam budak2..)

#7- t'amat geli ngan makhluk b'name tikus, katak & x ketinggalan cicak... alergik btul ngan makhluk 3 ekor tuh.. huhuhu.. kdg2 naik tensen aku sbb makhluk2 tuh slalu kuar time aku de kt umah.. rela aku x pegi dapur sbb makhluk tuh.. tikus t'utamanye.. suke sgt men sorok2 ngan aku... arghhhhhh........ geli!!!!!!!!

#8- mase kecik2 dlu slalu panjat pokok ceri kg... best............ aku ngan pak cik2 & mak cik aku same naik.. maklum aje sebaya... pak usu aku (sebelah mak) sebaya ngan aku.. skolah dlu pun sekelas.. :D

#9- seorg yg agak memilih mkn.. t'utamanye ikan.. sori, aku x mkn ikan yg goreng x garing... x bleh nk telan.. duk kt KL nih aku mkn ikan keli je.. kdg2 ikan pari.. len ar kalo aku masak s'diri.. pastu kalo makan nasi lemak kena de ikan bilis goreng byk2.. baru de mood aku nk mkn...cerewet kn??

#10- hati sgt mudah t'sentuh kalo ditegur (dengan nada suara yg agak tinggi dr biase) oleh my future husband tuh.. even kdg2 bende tuh dia men2 je.. pastuh mula ar rase nk nangis.. huhuhu... kalo rindukn dia pun.. senang je nk leleh.. susah tul... tp.. syg sgt2 kt dia.. :p

4. anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya & mnyatakan nama mereka d blog anda..

~aku nk tag... Ira

5. jangan lupe mlawat blog kwn anda & mninggalkn komen yg mnyatakan mereka tlh di tag...





new year...

nih 1st post aku tuk new year nih.. 2009.. sedar x sedar usia meningkat lg setahun... huhuuuhu.. dh agak tua ckit b'banding tahun lepas.. :d tp xpe... menten muda... kena awet muda.. kena b'perasaan muda bukan perasan muda... tp tuh bukan b'makna x matang ek... cume penampilan tuh kena nmpak cam org muda ckit... fikiran tuh bior matang.. jgn duk pikir sumer perkara cam budak2...

semoga 2009 tahun yg membahagiakn wat kite sumer....

p/s: matangkan pikiran sejajar ngan usia anda... tp biar rupa kelihatan lebih muda dr usia sebenarnye... senyum sokmo... peace!!